Fatin Nabillah Sihan

Portfolio

KANSAI PREPARATION UNTUK NEWBIE

Leave a Comment

Konnichiwa,

Berbelanja di Jepun yang mahal atau preparation sebelum travel tu yang mahal? So korang boleh baca sampai habis dan nilai sendiri ye. Ni semua hasil dari pengalaman aku sendiri, kalau ada yang nak tambah atau share boleh drop comment down belowwwww hahaha (acah youtubers).

Hehe harini aku nak terangkan preparation apa yang aku dan kawan-kawan seangkatan buat sebelum kami semua terbang ke Osaka, Jepun. Kami dah travel ke Osaka selama 10 Hari 9 Malam, 30 April hingga 9 May 2017. 

Lama kan? Nahhh, pada aku 10 hari ni just nice untuk kami. Tujuan kami semua travel Jepun ni untuk tengok scenery, adapt dengan local & rasa sendiri environment kat sana. It depends on your purpose why you travel. Untuk aku memang suka travel untuk rasa jadi macam local walaupun sekejap & also food hunting, hehe. 

PREPARATION SEBELUM KE OSAKA : 


  • Tiket Flight (beli semasa promo Air Asia), KUL-KIX-KUL = RM806.88/pax

Tak rancang pun sebenarnya nak travel 10 hari, bila kawan check tiket flight 30 April - 9 May je dapat murah, so kita proceed jelah, haha. Boleh dapat murah lagi sebenarnya tapi kena rajin check, ada yang dapat return flight ticket KUL-KIX-KUL, RM500++ je!

Boleh jugak kalau nak turun Kansai Airport dan ke Tokyo, balik dari Haneda Airport tapi kos agak tinggi. Sebab ada beberapa cara nak ke Tokyo dari Kansai, yang aku tau naik Night Bus (more cheaper) atau Shinkansen/Bullet Train (high cost). 

  • Luggage 20 kg (return) - sharing 4 pax = RM51/pax

Kami beli luggage ada sebab, haha. Nak bawa makanan dari Malaysia ni satu luggage untuk check in. Tak tipu, ini serious. Macam-macam kami bawa, dari jajan sampai lah ke brahim's. Memang rancang nak masak dan nak kurangkan makan luar. 

  • Inflight meals (return), satu meal RM15/pax = RM30/pax



Wajib beli ni! 5-6 jam atas flight boleh kebulur lapaq, hahaha (aku jenis cepat lapar). Pergi aku beli Roast Chicken & Cranberry Gravy, balik tu confirm beli Nasi Lemak Pak Nassier sebab dah kebuluq makanan Malaysia. 

  • Penginapan 9 Malam di Osaka (Share 4 pax) = RM388.75/pax

          

Aku booking penginapan ni guna Airbnb, sebab utama nak rasa duduk rumah orang Jepun. So, Airbnb ni salah satu cara. Kami dapat Guest House di Osaka yang memang terbaik gila. Lengkap semua! Katil, selimut, ruang tamu, PC, Wifi rumah, Pocket Wifi, tempat memasak, sinki, toilet, shower, mesin basuh, ampaian, softlan, softener, tuala, selipar rumah, payung (kalau hujan boleh guna) & macam-macam lagi. Cuma Guest House ni jauh dari Airport, 1 jam 15 minit macam tu tapi takde hal lah. Environment area rumah pun dah best, dekat dengan Mart. 

  • Makanan dari Malaysia (share 4 pax) = RM100/pax

Kami kumpul semua total RM400, so dalam RM200 je guna beli makanan Malaysia, yang tu pun dah penuh satu luggage dekat 20kg jugak haha. Balance lagi RM200 tu beli barang masak kat sana (sayur, roti putih, seafood). Beli Brahim's (beli kat Bangi murah, yang kilang dia tu), pastu beli jajan sikit, sambal hitam (jangan lupa! - beli kat ig @sambalhitammak), sambal belacan instant, beras, haha. Ni semua untuk masak, plan baikkkk punya. 

  • Pass di Japan 

OAP 2 days = RM130/pax
KTP 6 days (beli dua tiket 3 days) = RM205 x 2 = RM410/pax

Pembayaran dalam USD, currency tinggi so total RM585.50/pax

Selepas bersilat study Pass apa nak guna sepanjang di Osaka, sebab ada beberapa Pass yang boleh diguna, cuma kena tau kita nak cover area mana sepanjang di sana. Ada join group RTJ, so otai banyak explain dalam tu jenis-jenis pass dan semua berkaitan Jepun. So, kami decide nak beli Osaka Amazing Pass (OAP) untuk 2 hari & Kansai Thru Pass (KTP) untuk 6 hari, beli dua tiket 3 hari sebab max 3 hari je. So, cukup lah 8 hari guna pass dan 2 hari kena beli tiket train on the spot. Aku beli tiket ni kat Klook, mudah sangat! Nanti boleh print @ buka e-ticket dari phone kita dan tunjuk kat Airport booking Pass yang kita beli tu je, ada kaunter H.I.S. Cuma kalau guna Klook ni dia kira guna USD, currency akan bertukar and ada caj lebih sikit sebab kan currency ni. Total aku beli OAP & KTP = RM585.50/pax. 

Boleh jugak nak guna JR Pass tapi memandangkan kami tak pergi Tokyo atau luar kawasan Kansai, jadi jimatlah dengan beli OAP & KTP sahaja. Kalau nak cerita pasal pass ni panjang dan aku tau serba sikit je pasal pass ni, study dulu nak beli pass apa sebelum ke Jepun tau! 

  • Travel Insurance AXA VIP = RM39/pax

Wajibulghunnah! Insurance ni wajib kalau ada apa-apa jadi semasa travel. Tak kisah beli yang VIP atau Classic, yang penting diri dilindungi. Aku beli AXA insurance ni, murah jugak RM39 seorang untuk 10 hari. Contoh;- aku demam panas dan kena masuk wad di Hospital kat Jepun, mau menangis air mata berdarah sebab kos hospital Jepun ni boleh tahan tinggi. So, untuk langkah berjaga-jaga, beli lah insurance, at least boleh cover kos rawatan KALAU jatuh sakit. 

  • Universal Studio Japan = +- RM300

USJ ni wajib pergi kalau ada yang minat Harry Potter! Hahaha. Aku minat gila Harry Potter ni, tapi tak pergi pun sebab nak save bajet. Lagipun bagus jugak tak masuk USJ ni sebab ni salah satu cara untuk aku datang Osaka balik untuk masuk USJ, haha. Yes! Aku akan datang balik untuk USJ. 

Jadi, ini lah beberapa persediaan yang kami buat sebelum ke Osaka. Macam aku print booking Guest House, boarding pass, insurance & Pass (untuk redeem kat Airport Kansai nanti). Aku masukkan semua printed things ni dalam satu file, senang untuk aku cari dan bawa. Siap! Cuma bila benda nak jadi, buh dalam file sekalipun, last2 atas flight air tertumpah atas flight itinerary untuk balik punya, hahahahaha.

PASSPORT JANGAN LUPA, check dulu make sure valid lebih dari 6 bulan. Macam aku 7 bulan sebelum expiry date. Sebelum nak fly, decide nak buat passport baru sebab takut tak lepas passport, pastu tanya dalam group RTJ, ada yang cakap boleh lagi. So aku tak buat baru, selamat RM250 hahaha. 

Konklusi nya, total aku spent untuk preparation ke Osaka ni adalah sebanyak RM2001.13/pax.

Next post aku akan cerita tempat2 yang aku pergi, aku harap lah ingat lagi, insyaAllah kikiki (gedik!)

Itu sahaja kalau ada pertanyaan boleh follow Instagram (@deadnab) & Facebook (Fatin Nabillah Sihan), DM atau PM, insyaAllah aku akan reply. 

Sayounara,
Fatin Nabillah Sihan
Perempuan kaki jalan.
Previous PostOlder Post Home

0 comments: